PENYEDIAAN IKAN PERKASAM
Disebabkan ada orang tertanya-tanya apakah itu Ikan Pekasam. Bagaimana nak makan. Apa bentuknya. Macammana pembuatannya. Maka aku telah sediakan apa yang patut untuk anda memahaminya.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
2 s/b garam halus 1 cawan asam jawa
Cara Pemprosesan:
1. Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
4. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
5. Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan didapurs elama 2 atau 3 hari..
6. Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk
Cara Penyediaan:
1. JANGAN BASUH ikan pekasam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasam dengan api perlahan sehinggan masak dan garing.
3. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan. (takkan nak kena ajar lagi kot :p)
4. Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
5. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
6. Sedia untuk hidangkan.
Sumber daripada :
http://anakperlis.com/kedai/index.php?main_page=product_info&products_id=10