BUKIT MERAH LAKE TOWN tentu anda amat familiar dengan nama ni bukan. Ia merupakan satu kawasan perlancongan bertemakan Taman Air. Sekarang ni apabila balik je ke kampung banyaknya perubahan telah berlaku. Namun bagi saya ia tetap merupakan tempat lahir yang bermakna bagi saya seorang anak petani.kegiataan utama ekonomi disini bukanlah berdasarkan perlancongan tapi rata-rata pendapatan hasil dari sawah padi. Kini ramai petani-petani di sini juga sibuk mencari punca pendapatan daripada penternakan Ikan Arowana yang kita ketahui arowana dari bukit merah adalah yang tebaik didunia. Anda tentu perasaan sekiranya anda melalui lebuhraya utara selatan anda akan melihat sekarang banyak petak-petak sawah dikorek untuk dijadikan kolam ikan arowana. Ramai pesawah sanggup mengadaikan atau menjual tanah sawah untuk menceburi bidang penternakan ikan arowana Saya doakanlan semoga mereka akan berjaya.
80 % peratus pesawah disini berketurunan Melayu BANJAR darimana asalnya ... entah nanti balik kampung aku buat tesis.
No comments:
Post a Comment